Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Sejarah yang penuh 'sejarah'

sumber foto Zaman dulu-dulu, subjek sejarah di sekolah di kenali dengan nama tawarikh (yang sentiasa tersasul dengan sebutan tarawikh pada bulan Ramadhan), dan sentiasa rapat dengan ilmu seerah. Sejarah merupakan salah satu subjek yang saya minati sejak di bangku sekolah lagi. Peringkat rendah darjah 4, 5 dan 6 banyak tertumpu dalam beberapa topik dalam subjek Alam dan Manusia (ADM). Walau tidak menjadi pelajar cemerlang dalam kelas bagi subjek-subjek teras, matapelajaran ADM menyebabkan markah saya lebih tinggi berbanding dengan pelajar-pelajar hebat yang lain. Walaupun kandungannya banyak bercampur dengan sains + geografi + sejarah + pegetahuan am, cara Cikgu Asiah dan Cikgu Ramlah mengajar membuahkan minat saya untuk subjek tersebut! Minat ini terus disemai hingga ke peringkat menengah. Sehinggalah minat ini terus dipupuk dan dibajai sewaktu belajar di MRSM. Sejarah peringkat menengah atas terbahagi kepada 2; Sejarah Peradaban Dunia dan Sejarah Malaysia. Saya masih ingat, guru subje...

Menerjah Lautan Fitnah

Sedih rasanya bila melihat saban hari di setiap lipatan akhbar, makin ramai puak-puak mahusia seakan tidak menghormati para alim ulamak, malah cukup banyak yang berani menemplak tanpa silu dan segan. Sayang jika mereka hanya ingin menongkat dunia, berbicara tanpa mengenal batasan, ingatlah setiap perbuatan itu pasti menerima balasan! Kasihan bila melihat ramai yang hanya mengikut dan memberi respons dengan penuh emosi, tanpa diselitkan hujah dan fakta, apatah lagi sudah tiada disandarkan al-Qur'an dan hadith. Ingatlah Ulama itu pewaris para nabi, janganlah asyik memandai-mandai nak menghukum. Ini tidak campur lagi dengan lain-lain masalah yang penuh korup. Tentulah bermula dari yang memegang amanah dan jawatan. Imam Bukhari rahimahullâhu ta’âla meriwayatkan dari Abi Hurairah radhiyallâhu ’anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Saw: إِذَا ضُيِّعَتْ اْلأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا أُسْنِدَ اْلأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَ...

Debris of Tsunami..

taken from here source This results one of the Indonesian volcanoes going to be erupted soon . May Allah forgive us and give mercy to victims over there.

Kembali update

sumber foto: di sini Kebelakangan ini agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja yang semakin menimbun. Menyelia exhibition pelajar mengenai East Asia ( done! ) , membuat research paper yang tak siap-siap, memantau aktiviti pelajar selaku penasihat persatuan, buat test, this and that etc tak pernah stop.. Insya-Allah, akan mengemaskini beberapa isu seperti sudahnya rejim Hosni Mubarak, melarat ke Yaman sampai ke Itali (sambil bawa tudung periuk) ..semuanya inginkan perubahan. Kan bagus andai ada perubahan di sini. Perubahan = Dinamik!

Ikhwanul Muslimin - Berunding atau Tidak dengan Hosni Mubarak?

Saat saya menulis post ini, agak terperanjat apabila secara tiba-tiba, pihak Ikhwanul Muslimin Mesir bersetuju untuk berunding dengan Hosni Mubarak, meski sebelum itu mereka berkeras dan memilih untuk tidak berdialog. Reuters . Mungkin mereka yang berada di Mesir lebih tahu dalam mencari penyelesaian terbaik. Jika berunding, mampukah Ikhwanul Muslimin menggantikan legasi Hosni Mubarak kerana sejarah banyak membuktikan, dalam menentang kerajaan yang 'kuat', tentu sahaja memerlukan pengorbanan (dan yang terkorban) dengan jumlah yang besar! sumber di sini Hari ini, rakyat Mesir yang anti-kerajaan berhimpun dengan tema 'Hari Kepergian' atau Day of Departure selepas Hari Amarah dan Hari Amarah Nasional pada sebelumnya. Sama-sama kita nantikan kesudahannya! Hanya Allah Yang Maha Tahu!

Kebangkitan rakyat Mesir: Saat sekutu Israel dijatuhkan Allah

Al-Azhar Suka saya berkongsi tulisan dari Tn. Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dari sumber di sini. Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut. Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam. Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator ya...

Era kebangkitan Islam : Gelombang Rakyat di Mesir

Sumber foto : Terusan Suez (Jalan pintas dari Timur ke Barat vice versa ) Seminggu dua ini, jika anda membelek akhbar atau majalah, sama ada dari setiap helaian atau di atas talian, isu-isu dunia yang berlaku banyak tertumpu di Asia Barat dan Afrika Utara. Antara negara yang sedang hangat bergolak adalah Mesir yang terletak di rantau Afrika Utara (bukan di Asia Barat). Saya lebih suka menggunakan perkataan 'perjuangan' dan bukan 'pemberontakan' di Mesir. Perjuangan rakyat di Mesir walaupun dilihat secara langsung tertumpu kepada permintaan mereka supaya Presiden Hosni Mubarak berundur dari tampuk pemerintahan, selain pendedahan terhadap hampir 30 tahun pemerintahan yang dilihat lebih kepada mengumpul harta dan aset dengan simpanan yang ditaksir sebanyak 40 billion dollar seperti ynag dilaporkan di sini , dengan kemarahan rakyat akibat kenaikan harga barang dan kekurangan peluang pekerjaan, dari sudut yang lain, saya lihat bahawa rakyat akan menolak sesebuah kerajaan ya...

Semoga mengundi dengan 'tenang' di Tenang

Sumber: Malaysian Insider Hari esok merupakan hari pengundian di Dun Tenang. Bagi yang berkenaan, undilah dengan bijak. Selamat mengundi! Kerana mengundi itu ibarat perang, saya titipkan untaian kata Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab disampaikan kepada Sa’ad bin Abi Waqqas, panglima tentera Islam di Parsi. ‘Umar bersuara; “Aku berpesan kepadamu dan angkatan tentera yang bersamamu supaya bertaqwa kepada Allah dalam segenap keadaan. Sesungguhnya bertaqwa kepada Allah adalah sebaik-baik persediaan yang paling berkesan di dalam peperangan. Saya mengarahkan kamu dan angkatan tentera yang bersamamu supaya bersungguh-sungguh menjaga diri dari melakukan maksiat, kerana dosa tentera kita itu lebih saya takuti dari musuh mereka. Sesungguhnya Allah memenangkan orang-orang Islam dengan sebab maksiat musuh mereka terhadap Allah. Jika tidak kerana itu, kita tidak mempunyai apa-apa kekuatan ke atas mereka. Kerana jumlah orang-orang kita tidak sama dengan mereka. Peralatan kita juga tidak secanggih pe...

Kuasa rakyat di Afrika Utara

Permulaan tahun 2011 merakamkan pelbagai perubahan berlaku dengan drastik terutamanya di negara-negara Afrika Utara. Gelombang rakyat yang berlaku seolah-olah satu Domino Effect di mana kesannya merebak di negara-negara jiran. Rentetan referendum di selatan Sudan, tumbangnya kerajaan pimpinan Presiden Zine El-Abidin Ben Ali di Tunisia dan sekarang berlakunya kebangkitan rakyat Mesir melawan kerajaan pimpinan Hosni Mubarak, selain goyahnya pemerintahan di Yaman (Asia Barat) menunjukkan bahawa rakyat akan menolak dengan keras atas segala kepincangan yang berlaku dari pihak kerajaan. Contoh tumbangnya kerajaan di Tunisia kerana rakyat sudah muak dengan tabiat isteri presiden yang sibuk mengumpulkan harta dan kereta mewah, yang mana sumbernya boleh diragui. Begitu juga dengan Mesir, yang dilihat rakyat, banyak bersekongkol dengan Barat. Rakyat sekarang sudah lebih terbuka apabila maklumat yang datang dari segenap sudut memudahkan menilai prestasi kerajaan yang memerintah. Jika dilihat dar...

Book review - Hafalan Solat Delisa

Dalam banyak-banyak novel yang saya miliki bersama isteri saya sehingga kini, novel karangan Tere-Liye ini sangat meruntun jiwa saya. Novel yang mampu mengalirkan air mata bagi sesiapa yang membacanya. Dengan latar Lhok Nga yang dihunjam tsunami, syahdu ketabahan watak Delisa menjadikan motivasi buat mereka yang selamat, sebagai satu alamat, hidup ini perlu diteruskan hingga penamat, persediaan amal hingga hari kiamat! فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan”. [As-Syarh: 5-6]

Referendum di Sudan

Di UiTM, saya diamanahkan untuk mengajar subjek Global Economic Geography di mana subjek ini mencakupi sejarah, ekonomi, geografi dan isu semasa dalam satu pakej. Salah satu bab yang saya harus hadamkan kepada pelajar-pelajar saya adalah rantau Afrika Utara. Afrika Utara dibahagikan kepada dua rantau terbesar iaitu negara-negara utara afrika dan negara-negara di lembah Nil. Sungai Nil secara dominannya mengalir di Mesir dan Sudan. Sebagai tambahan, sungai Nil sebenarnya terbahagi kepada dua cabang iaitu Nil Putih dan Nil Biru (kombinasi yang menjadikan sungai terpanjang di dunia meninggalkan Amazon di Brazil) Bagi yang mengikuti perkembangan politik antarabangsa, saat-saat ini bermula semalam, rakyat Sudan di bahagian selatan akan mengundi sama ada untuk kekal bersama Sudan Utara di dalam negara Sudan, atau memilih untuk menjadi negara merdeka, atau mungkin menjadi sebuah negara berwilayah autonomi seperti Acheh di Indonesia. Pergolakan yang berlaku di antara Sudan Utara dan Sudan Sel...

Minyak memang naik

Semalam saya baru mengandaikan bahawa minyak akan naik dengan sumber dari Reuters . Apungan harga bagi kualiti minyak RON 97 menyebabkan harga hanya diletakkan berdasarkan pasaran antarabangsa. Secara rasional, perlukah bagi negara pengeluar minyak mengikuti tren harga minyak antarabangsa (termasuk bahan bakar lain)? Ini bermakna efisiensi bagi sesuatu kos itu tidak lagi tertakluk kepada factor of endownment . Saya tertarik dengan suatu artikel mengenai deglobalization . Di mana pada suatu-suatu masa, negara perlu kembali tertumpu kepada pasaran domestik. Tumpuan kepada pasaran domestik, saya kira, mampu untuk memberi kesan yang lebih seimbang kepada pasaran semasa, berbanding dengan tumpuan yang lebih kepada pasaran luar meskipun terdapat banyak trade barriers bagi setiap transaksi jika dibandingkan dengan urusniaga dalam negara. Suka saya memetik dari artikel tersebut yang mana Martin Hutchinson menyatakan " In the next few years it may even reverse ". Mungkinkah ia akan ...

Minyak naik lagi?

Mungkinkah minyak naik lagi? Jika dilihat kepada pasaran minyak, terutama kesan yang berlaku di Eropah dan Amerika berdasarkan laporan Reuters , harga minyak akan menjadi tidak menentu. Dan semestinya jika tidak naik banyak, sedikit sudah pasti!

Ke arah Malaysia Hijau..

Apabila mendengar saranan (penguatkuasaan), terhadap penambahan kos bagi setiap beg plastik pada hari Sabtu di sini , saya terfikir mengapa tidak digantikan sahaja penambahan kos tersebut dengan beg kertas seperti yang telah dilakukan di Los Angeles, US? Ini tidak jauh bezanya jika anda pernah mengikuti topik-topik berkenaan ekonomi alam sekitar (environmental economics) yang mana anda akan dapat lihat bagaimana Pigovian tax dikenakan bagi menanggung kos-kos dalam memulihara kembali alam sekitar walaupun terdapat banyak kritikan dan kontroversi dari sesetengah ahli ekonomi. Pada pendapat saya, walaupun kebanyakannya pengeluar yang menyumbang sebahagian besar peratusan cukai tersebut, kesan terhadap pengguna jelas kelihatan. Ini bermakna tingkatan harga bagi sesuatu barang akan meningkat tidak banyak pun sedikit. Ini mungkin suatu langkah ke arah kelestarian alam sekitar tetapi adakah kos tambahan ini berbaloi kepada pengguna? Walaupun dalam kempen ini pengguna digalakkan membawa beg ...