Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

Terus mara wahai pejuang!

Ya Allah, Kau hancurkanlah segala strategi dan serangan Yahudi Zionist kepada saudara kami di Palestin. Ameen. Untuk saudara kami di Palestin, kami tahu...kalian memang pantang berundur.. Amaran untuk kalian bangsa Israel..kami tak akan mengalah..walaupun engkau menyerang, kami tetap mempertahankan..walau dengan hanya seketul batu..kerana kami YAKIN, janji Allah itu benar.. Allahuakbar!!

Jihad jalan kami!!

Saya kepilkan beberapa gambar di antara untaian sajak yang saya ambil dari sini dan gambar dari sini Maafkan Kami, Gaza Hanya lihat dan pasang mata Hanya marah dan merah mata Hanya sedih dan air mata Hanya doa dan merah mata Hanya pekik dan sorot mata Hanya malu dan tutup mata Hanya suara dan kata Hanya simpati dan cinta Maafkan kami, Gaza Bocah-bocah Gaza!jangan adukan Kami kepada Muhammad Kami di Indonesia,jauh dari Gaza -- Muhsin Labib

Huraian doa qunut nazilah

Perbincangan yang saya ambil dari emel..terima kasih akhi zahan & akhi zainal!! Dalam kegawatan sekarang, sepertimana pernah dituntun Rasulullah SAW, bolehlah dan disyariatkan melafazkan qunut ini. Banyak dan panjang lebar perbincangannya, saya ringkaskan : 1. Semua mazhab menyetujuinya dalam keadaan kegawatan dan bala bencana menimpa, wabak dan sebagainya. Biasanya sebulan, atau hingga reda suasana. 2. Waktu membacanya, lain mazhab, lain pandangannya, mudah kata, menurut mazhab Syafi'e, dibolehkan pada kelima-lima waktu solat fardhu, baik selepas, mahupun sebelum ruku' (biasanya selepas - ketika i'tidal). Mazhab Hanafi mengecualikannya ketika solat Jumaat. 3. Dibaca dalam solat secara berjemaah adalah lebih menepati sunnah Rasulullah. Makmum hanya mengaminkan, imam membaca secara jahar. (nak qunut nazeelah, solat tak nak jemaah, mana aci! ) Di surau Taman kami, bacaan ini telah dimulakan beberapa hari lepas, dan, ana sendiri, untuk tidak mengelirukan, setiap kali sebel...

Qunut Nazilah

Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu. Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya A...