Skip to main content

Kuasa rakyat di Afrika Utara


Permulaan tahun 2011 merakamkan pelbagai perubahan berlaku dengan drastik terutamanya di negara-negara Afrika Utara. Gelombang rakyat yang berlaku seolah-olah satu Domino Effect di mana kesannya merebak di negara-negara jiran.

Rentetan referendum di selatan Sudan, tumbangnya kerajaan pimpinan Presiden Zine El-Abidin Ben Ali di Tunisia dan sekarang berlakunya kebangkitan rakyat Mesir melawan kerajaan pimpinan Hosni Mubarak, selain goyahnya pemerintahan di Yaman (Asia Barat) menunjukkan bahawa rakyat akan menolak dengan keras atas segala kepincangan yang berlaku dari pihak kerajaan.

Contoh tumbangnya kerajaan di Tunisia kerana rakyat sudah muak dengan tabiat isteri presiden yang sibuk mengumpulkan harta dan kereta mewah, yang mana sumbernya boleh diragui. Begitu juga dengan Mesir, yang dilihat rakyat, banyak bersekongkol dengan Barat.

Rakyat sekarang sudah lebih terbuka apabila maklumat yang datang dari segenap sudut memudahkan menilai prestasi kerajaan yang memerintah. Jika dilihat dari kebangkitan tersebut, rata-rata disertai golongan muda dan belia siswa. Rakyat sekarang bukan dalam tampuk seperti dekad lalu, yang mudah digula-gulakan oleh pembangunan politik. Rakyat pada masa kini mudah menilai berdasarkan sumber maklumat yang terhidang di depan mata. Kerajaan yang korup tidak perlu diberi peluang kali kedua!

Tidak seperti yang berlaku di Jepun tahun lalu, rakyat memberi mandat kepada kerajaan baru kerana merasakan kerajaan sebelumnya sudah terlalu lama memerintah berpuluh tahun, hanya atas alasan untuk merasakan perubahan, walaupun jika dilihat pimpinan sebelumnyalah yang banyak mewujudkan perubahan lanskap pembangunan di negara matahari terbit itu.

Jadi, untuk rakyat Malaysia, jika pimpinan hari ini anda lihat tidak melaksanakan amanah yang diberikan, jangan kita takut untuk berubah!

Comments

Popular posts from this blog

Kembali

Hidup bermain dengan waktu. Sengaja melepaskan waktu yang lapang sehingga leka dengan angan yang tak menentu. Bila detik semakin sempit, barulah tersedar waktu yang tinggal hanya sedikit!!

Perjalanan

Menyiapkan sebuah tesis PhD bukanlah sesuatu yang mustahil. Ianya memerlukan ketekunan yang tinggi selain setiap jalur ilmu ditulis secara rinci. Terkadang saya hanya mampu menjeling penulisan yang masih terbengkalai. Leka dengan tuntutan kerja yang tiada kaitan dan masa yang telah dipersiakan. Ya, hidup ini tak renggang dengan sikap yang ingin terus berharap. Berharap agar masih mempunyai waktu-waktu untuk menyempurnakan penulisan yang masih berbaki!

Abah Wafat

Hari ini genap 6 hari abah pergi meninggalkan alam fana ke alam baqa'. Pergi abah bersama tangisan alam pada pagi Jumaat. Pergi abah dalam keadaan cukup menyenangkan. Pergi abah dalam redha kami sekeluarga. Pergi abah buat kami cemburu. Meninggal dunia di hari yang baik. Di hujung usia bersama isteri. Pergi abah meninggalkan bekas di hati anak-anak. Abah hanya orang biasa. Pesara. Namun di hujung usia abah diuji dengan ujian kesihatan. Seusai umrah, kesihatan abah merosot. Darah tinggi , kencing manis asbab badan abah jadi lemah. Abah terbaring tak bermaya di atas katil. Sebermula PKP sampailah hujung hayat. Hanya katil tempat abah. Mak banyak mengurus, tanpa banyak merungut. Anak-anak bantu berselang mana yang kurang dan patut.  Semasa awal bulan, doktor sahkan Abah sedang nazak, strok satu badan. Abah dipasang tiub untuk terima susu. Kurang seminggu di hospital Abah dibenar pulang. Waktu Abah di rumah, mak dan anak-anak berselang menjaga. Abah stabil namun hanya respons melalui n...