
Apabila mendengar saranan (penguatkuasaan), terhadap penambahan kos bagi setiap beg plastik pada hari Sabtu di sini, saya terfikir mengapa tidak digantikan sahaja penambahan kos tersebut dengan beg kertas seperti yang telah dilakukan di Los Angeles, US?

Ini tidak jauh bezanya jika anda pernah mengikuti topik-topik berkenaan ekonomi alam sekitar (environmental economics) yang mana anda akan dapat lihat bagaimana Pigovian tax dikenakan bagi menanggung kos-kos dalam memulihara kembali alam sekitar walaupun terdapat banyak kritikan dan kontroversi dari sesetengah ahli ekonomi. Pada pendapat saya, walaupun kebanyakannya pengeluar yang menyumbang sebahagian besar peratusan cukai tersebut, kesan terhadap pengguna jelas kelihatan. Ini bermakna tingkatan harga bagi sesuatu barang akan meningkat tidak banyak pun sedikit.
Ini mungkin suatu langkah ke arah kelestarian alam sekitar tetapi adakah kos tambahan ini berbaloi kepada pengguna? Walaupun dalam kempen ini pengguna digalakkan membawa beg sendiri (beg gunasemula/ kitarsemula), bagaimana pula bagi pembelian secara borong? Atau mungkin salah satu kempen ke arah berjimat cermat selepas berlaku peningkatan harga secara langsung terhadap barang pengguna?
Walau apapun, saya tetap menyokong hasrat penjagaan alam sekitar di Malaysia!
Comments