
Dalam banyak-banyak novel yang saya miliki bersama isteri saya sehingga kini, novel karangan Tere-Liye ini sangat meruntun jiwa saya. Novel yang mampu mengalirkan air mata bagi sesiapa yang membacanya. Dengan latar Lhok Nga yang dihunjam tsunami, syahdu ketabahan watak Delisa menjadikan motivasi buat mereka yang selamat, sebagai satu alamat, hidup ini perlu diteruskan hingga penamat, persediaan amal hingga hari kiamat!
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan”.
[As-Syarh: 5-6]
Comments