Skip to main content

Posts

Abah Wafat

Hari ini genap 6 hari abah pergi meninggalkan alam fana ke alam baqa'. Pergi abah bersama tangisan alam pada pagi Jumaat. Pergi abah dalam keadaan cukup menyenangkan. Pergi abah dalam redha kami sekeluarga. Pergi abah buat kami cemburu. Meninggal dunia di hari yang baik. Di hujung usia bersama isteri. Pergi abah meninggalkan bekas di hati anak-anak. Abah hanya orang biasa. Pesara. Namun di hujung usia abah diuji dengan ujian kesihatan. Seusai umrah, kesihatan abah merosot. Darah tinggi , kencing manis asbab badan abah jadi lemah. Abah terbaring tak bermaya di atas katil. Sebermula PKP sampailah hujung hayat. Hanya katil tempat abah. Mak banyak mengurus, tanpa banyak merungut. Anak-anak bantu berselang mana yang kurang dan patut.  Semasa awal bulan, doktor sahkan Abah sedang nazak, strok satu badan. Abah dipasang tiub untuk terima susu. Kurang seminggu di hospital Abah dibenar pulang. Waktu Abah di rumah, mak dan anak-anak berselang menjaga. Abah stabil namun hanya respons melalui n...
Recent posts
Ya, saya masih perlu terus berjalan walau sudah lelah untuk berlari. Saat A dan H memberi motivasi, sudahkan apa yang dulu telah dimulakan, ibarat suatu dalil yang penuh pengharapan.

Perjalanan

Menyiapkan sebuah tesis PhD bukanlah sesuatu yang mustahil. Ianya memerlukan ketekunan yang tinggi selain setiap jalur ilmu ditulis secara rinci. Terkadang saya hanya mampu menjeling penulisan yang masih terbengkalai. Leka dengan tuntutan kerja yang tiada kaitan dan masa yang telah dipersiakan. Ya, hidup ini tak renggang dengan sikap yang ingin terus berharap. Berharap agar masih mempunyai waktu-waktu untuk menyempurnakan penulisan yang masih berbaki!

Kembali

Hidup bermain dengan waktu. Sengaja melepaskan waktu yang lapang sehingga leka dengan angan yang tak menentu. Bila detik semakin sempit, barulah tersedar waktu yang tinggal hanya sedikit!!

Nikmat buku selama setahun

Menambah koleksi buku-buku yang suka untuk dibaca. Selepas terlepas beberapa Pesta Buku, (ya..2 kali), mencari karya-karya yang tak berapa baharu.. Buku ini adalah yang paling teruja saya dapatkan. Sudah lama menunggu. Mungkin 4 tahun lepas. Membaca sinopsis sahaja sudah membuatkan kita dibuai kenangan. Zaman dulu-dulu. Klasik! Novel sejarah dan fiksyen. Saya sudah mula gemar membaca novel sejarah yang diolah dalam nafas yang lebih segar dan tidak terlalu berat. Tentang Pulau Batu Putih. Dulu saya ikuti episod-episod dalam blog penulis. Tak silap ada juga keluar dalam akhbar. Musim kedua pun sudah keluar. Lambatnya saya! Ya, ini buku yang sepatutnya saya beli dulu, tetapi terbeli novel drama Bila Tuhan Berbicara, saya suka gaya penulisan beliau, naratif, kritis dan sinikal. Saya meminati karya faisal sejak dalam zaman Dewan Siswa, siapa yang tak ingat dengan cerpen Kerana Manisnya Epal! all image source Isteri saya peminat kepada pasangan penul...

Bukan goyang kaki!

Demam Pilihanraya ke 13, jadi entri ini berbau politik..                                                                            image source Sehari dua lagi, rakyat Malaysia akan mengundi. Memilih tampuk pentadbiran bagi lima tahun mendatang. Ya, dalam acuan demokrasi, yang membenarkan rakyat membuat pilihan. Usai solat Jumaat tadi, biasanya diselit di depan wiper kereta risalah tentang pilihanraya. Kali ini dalam sampul coklat saiz A4, dah tentu kandungannya kita sendiri boleh nilai, yang membuat kita semakin menyampah dengan pihak yang mengedarkannya, agak-agaknya telinga tidak mendengar doa yang dibacakan kha...