Skip to main content

Ikhwanul Muslimin - Berunding atau Tidak dengan Hosni Mubarak?

Saat saya menulis post ini, agak terperanjat apabila secara tiba-tiba, pihak Ikhwanul Muslimin Mesir bersetuju untuk berunding dengan Hosni Mubarak, meski sebelum itu mereka berkeras dan memilih untuk tidak berdialog. Reuters.

Mungkin mereka yang berada di Mesir lebih tahu dalam mencari penyelesaian terbaik. Jika berunding, mampukah Ikhwanul Muslimin menggantikan legasi Hosni Mubarak kerana sejarah banyak membuktikan, dalam menentang kerajaan yang 'kuat', tentu sahaja memerlukan pengorbanan (dan yang terkorban) dengan jumlah yang besar!

sumber di sini

Hari ini, rakyat Mesir yang anti-kerajaan berhimpun dengan tema 'Hari Kepergian' atau Day of Departure selepas Hari Amarah dan Hari Amarah Nasional pada sebelumnya.

Sama-sama kita nantikan kesudahannya! Hanya Allah Yang Maha Tahu!

Comments

Popular posts from this blog

Kembali

Hidup bermain dengan waktu. Sengaja melepaskan waktu yang lapang sehingga leka dengan angan yang tak menentu. Bila detik semakin sempit, barulah tersedar waktu yang tinggal hanya sedikit!!

Perjalanan

Menyiapkan sebuah tesis PhD bukanlah sesuatu yang mustahil. Ianya memerlukan ketekunan yang tinggi selain setiap jalur ilmu ditulis secara rinci. Terkadang saya hanya mampu menjeling penulisan yang masih terbengkalai. Leka dengan tuntutan kerja yang tiada kaitan dan masa yang telah dipersiakan. Ya, hidup ini tak renggang dengan sikap yang ingin terus berharap. Berharap agar masih mempunyai waktu-waktu untuk menyempurnakan penulisan yang masih berbaki!

Abah Wafat

Hari ini genap 6 hari abah pergi meninggalkan alam fana ke alam baqa'. Pergi abah bersama tangisan alam pada pagi Jumaat. Pergi abah dalam keadaan cukup menyenangkan. Pergi abah dalam redha kami sekeluarga. Pergi abah buat kami cemburu. Meninggal dunia di hari yang baik. Di hujung usia bersama isteri. Pergi abah meninggalkan bekas di hati anak-anak. Abah hanya orang biasa. Pesara. Namun di hujung usia abah diuji dengan ujian kesihatan. Seusai umrah, kesihatan abah merosot. Darah tinggi , kencing manis asbab badan abah jadi lemah. Abah terbaring tak bermaya di atas katil. Sebermula PKP sampailah hujung hayat. Hanya katil tempat abah. Mak banyak mengurus, tanpa banyak merungut. Anak-anak bantu berselang mana yang kurang dan patut.  Semasa awal bulan, doktor sahkan Abah sedang nazak, strok satu badan. Abah dipasang tiub untuk terima susu. Kurang seminggu di hospital Abah dibenar pulang. Waktu Abah di rumah, mak dan anak-anak berselang menjaga. Abah stabil namun hanya respons melalui n...