Skip to main content

Era kebangkitan Islam : Gelombang Rakyat di Mesir


Sumber foto : Terusan Suez (Jalan pintas dari Timur ke Barat vice versa)

Seminggu dua ini, jika anda membelek akhbar atau majalah, sama ada dari setiap helaian atau di atas talian, isu-isu dunia yang berlaku banyak tertumpu di Asia Barat dan Afrika Utara. Antara negara yang sedang hangat bergolak adalah Mesir yang terletak di rantau Afrika Utara (bukan di Asia Barat).

Saya lebih suka menggunakan perkataan 'perjuangan' dan bukan 'pemberontakan' di Mesir. Perjuangan rakyat di Mesir walaupun dilihat secara langsung tertumpu kepada permintaan mereka supaya Presiden Hosni Mubarak berundur dari tampuk pemerintahan, selain pendedahan terhadap hampir 30 tahun pemerintahan yang dilihat lebih kepada mengumpul harta dan aset dengan simpanan yang ditaksir sebanyak 40 billion dollar seperti ynag dilaporkan di sini, dengan kemarahan rakyat akibat kenaikan harga barang dan kekurangan peluang pekerjaan, dari sudut yang lain, saya lihat bahawa rakyat akan menolak sesebuah kerajaan yang tidak mengikut nilai-nilai Islam.

Ini dapat dilihat apabila kerajaan autokrasi pimpinan Hosni Mubarak, selepas pemerintahan kejam Anwar Sadat (banyak kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin ini, yang paling teruk apabila menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada tahun 1979) tidak dapat bertahan kerana rakyat akan belajar bukan sahaja melalui prestasi pembangunan dari pihak kerajaaan, malah moral Islam yang dimanifestasi oleh kerajaan tersebut.

Perjuangan rakyat Mesir, dari segi sejarahnya bermula sejak penubuhan Ikhwanul Muslimin pimpinan Hasan Al-Banna (tokoh ini saya kenali sejak zaman di universiti) pada tahun 1928. Peritnya perjuangan gerakan ini sehingga beberapa pimpinan mereka merengkok di dalam penjara atas dasar anti-kerajaan pada masa tersebut. Antaranya Zainab Al-Ghazali, Sayyid Qutb, Hameedah Qutb, Sheikh Abdul Kader Audah, Sheikh Fattah Ismail yang dizalimi oleh Presiden pada masa itu, Gamal Abdul Nasser. Kisah yang panjang itu cuba saya ceritakan pada masa akan datang.

Kini gerakan Ikhwanul Muslimin telah diterima oleh rakyat Mesir apabila berjaya memperoleh beberapa kerusi di dalam pilihanraya yang sungguh tidak telus pada penggal yang lalu. Seingat saya, seperti yang terpampang di media, orang awam terutamanya muslimah melalui pelbagai sekatan sehingga terpaksa memanjat tangga dan tingkap bagi mengundi.

Penerima Hadiah Nobel Keamanan, Dr. Mohamed ElBaradei turut turun menyertai protes rakyat Mesir bagi menggulingkan kerajaan. Menariknya, isu ini turut dipeduli oleh ulama tersohor masakini, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang menggesa Hosni Mubarak berundur dan mengambil pengajaran langsung dari kejatuhan kerajaan Tunisia. Sumber Daily Telegraph.

Comments

Popular posts from this blog

Kembali

Hidup bermain dengan waktu. Sengaja melepaskan waktu yang lapang sehingga leka dengan angan yang tak menentu. Bila detik semakin sempit, barulah tersedar waktu yang tinggal hanya sedikit!!

Perjalanan

Menyiapkan sebuah tesis PhD bukanlah sesuatu yang mustahil. Ianya memerlukan ketekunan yang tinggi selain setiap jalur ilmu ditulis secara rinci. Terkadang saya hanya mampu menjeling penulisan yang masih terbengkalai. Leka dengan tuntutan kerja yang tiada kaitan dan masa yang telah dipersiakan. Ya, hidup ini tak renggang dengan sikap yang ingin terus berharap. Berharap agar masih mempunyai waktu-waktu untuk menyempurnakan penulisan yang masih berbaki!

Abah Wafat

Hari ini genap 6 hari abah pergi meninggalkan alam fana ke alam baqa'. Pergi abah bersama tangisan alam pada pagi Jumaat. Pergi abah dalam keadaan cukup menyenangkan. Pergi abah dalam redha kami sekeluarga. Pergi abah buat kami cemburu. Meninggal dunia di hari yang baik. Di hujung usia bersama isteri. Pergi abah meninggalkan bekas di hati anak-anak. Abah hanya orang biasa. Pesara. Namun di hujung usia abah diuji dengan ujian kesihatan. Seusai umrah, kesihatan abah merosot. Darah tinggi , kencing manis asbab badan abah jadi lemah. Abah terbaring tak bermaya di atas katil. Sebermula PKP sampailah hujung hayat. Hanya katil tempat abah. Mak banyak mengurus, tanpa banyak merungut. Anak-anak bantu berselang mana yang kurang dan patut.  Semasa awal bulan, doktor sahkan Abah sedang nazak, strok satu badan. Abah dipasang tiub untuk terima susu. Kurang seminggu di hospital Abah dibenar pulang. Waktu Abah di rumah, mak dan anak-anak berselang menjaga. Abah stabil namun hanya respons melalui n...