Skip to main content

Minyak memang naik


Semalam saya baru mengandaikan bahawa minyak akan naik dengan sumber dari Reuters. Apungan harga bagi kualiti minyak RON 97 menyebabkan harga hanya diletakkan berdasarkan pasaran antarabangsa. Secara rasional, perlukah bagi negara pengeluar minyak mengikuti tren harga minyak antarabangsa (termasuk bahan bakar lain)? Ini bermakna efisiensi bagi sesuatu kos itu tidak lagi tertakluk kepada factor of endownment .

Saya tertarik dengan suatu artikel mengenai deglobalization. Di mana pada suatu-suatu masa, negara perlu kembali tertumpu kepada pasaran domestik. Tumpuan kepada pasaran domestik, saya kira, mampu untuk memberi kesan yang lebih seimbang kepada pasaran semasa, berbanding dengan tumpuan yang lebih kepada pasaran luar meskipun terdapat banyak trade barriers bagi setiap transaksi jika dibandingkan dengan urusniaga dalam negara.

Suka saya memetik dari artikel tersebut yang mana Martin Hutchinson menyatakan " In the next few years it may even reverse".

Mungkinkah ia akan terjadi?

Comments

Popular posts from this blog

Kembali

Hidup bermain dengan waktu. Sengaja melepaskan waktu yang lapang sehingga leka dengan angan yang tak menentu. Bila detik semakin sempit, barulah tersedar waktu yang tinggal hanya sedikit!!

Perjalanan

Menyiapkan sebuah tesis PhD bukanlah sesuatu yang mustahil. Ianya memerlukan ketekunan yang tinggi selain setiap jalur ilmu ditulis secara rinci. Terkadang saya hanya mampu menjeling penulisan yang masih terbengkalai. Leka dengan tuntutan kerja yang tiada kaitan dan masa yang telah dipersiakan. Ya, hidup ini tak renggang dengan sikap yang ingin terus berharap. Berharap agar masih mempunyai waktu-waktu untuk menyempurnakan penulisan yang masih berbaki!

Abah Wafat

Hari ini genap 6 hari abah pergi meninggalkan alam fana ke alam baqa'. Pergi abah bersama tangisan alam pada pagi Jumaat. Pergi abah dalam keadaan cukup menyenangkan. Pergi abah dalam redha kami sekeluarga. Pergi abah buat kami cemburu. Meninggal dunia di hari yang baik. Di hujung usia bersama isteri. Pergi abah meninggalkan bekas di hati anak-anak. Abah hanya orang biasa. Pesara. Namun di hujung usia abah diuji dengan ujian kesihatan. Seusai umrah, kesihatan abah merosot. Darah tinggi , kencing manis asbab badan abah jadi lemah. Abah terbaring tak bermaya di atas katil. Sebermula PKP sampailah hujung hayat. Hanya katil tempat abah. Mak banyak mengurus, tanpa banyak merungut. Anak-anak bantu berselang mana yang kurang dan patut.  Semasa awal bulan, doktor sahkan Abah sedang nazak, strok satu badan. Abah dipasang tiub untuk terima susu. Kurang seminggu di hospital Abah dibenar pulang. Waktu Abah di rumah, mak dan anak-anak berselang menjaga. Abah stabil namun hanya respons melalui n...