
Sumber: Malaysian Insider
Hari esok merupakan hari pengundian di Dun Tenang. Bagi yang berkenaan, undilah dengan bijak. Selamat mengundi!
Kerana mengundi itu ibarat perang, saya titipkan untaian kata Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab disampaikan kepada Sa’ad bin Abi Waqqas, panglima tentera Islam di Parsi. ‘Umar bersuara;
“Aku berpesan kepadamu dan angkatan tentera yang bersamamu supaya bertaqwa kepada Allah dalam segenap keadaan. Sesungguhnya bertaqwa kepada Allah adalah sebaik-baik persediaan yang paling berkesan di dalam peperangan. Saya mengarahkan kamu dan angkatan tentera yang bersamamu supaya bersungguh-sungguh menjaga diri dari melakukan maksiat, kerana dosa tentera kita itu lebih saya takuti dari musuh mereka. Sesungguhnya Allah memenangkan orang-orang Islam dengan sebab maksiat musuh mereka terhadap Allah. Jika tidak kerana itu, kita tidak mempunyai apa-apa kekuatan ke atas mereka. Kerana jumlah orang-orang kita tidak sama dengan mereka. Peralatan kita juga tidak secanggih peralatan mereka. Jika kita sama seperti mereka melakukan maksiat-maksiat, maka mereka akan lebih kuat dari kita. Sebaliknya jika kita tidak sedemikian, maka kitalah yang akan menang dengan kelebihan (akhlak) kita dan kita sama sekali tidak akan dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan”.
Sumber: (Dr. Fathi Yakan, al-Islam wa al-Jins, 68)
Comments