Skip to main content

Sejarah yang penuh 'sejarah'

sumber foto

Zaman dulu-dulu, subjek sejarah di sekolah di kenali dengan nama tawarikh (yang sentiasa tersasul dengan sebutan tarawikh pada bulan Ramadhan), dan sentiasa rapat dengan ilmu seerah.

Sejarah merupakan salah satu subjek yang saya minati sejak di bangku sekolah lagi. Peringkat rendah darjah 4, 5 dan 6 banyak tertumpu dalam beberapa topik dalam subjek Alam dan Manusia (ADM). Walau tidak menjadi pelajar cemerlang dalam kelas bagi subjek-subjek teras, matapelajaran ADM menyebabkan markah saya lebih tinggi berbanding dengan pelajar-pelajar hebat yang lain. Walaupun kandungannya banyak bercampur dengan sains + geografi + sejarah + pegetahuan am, cara Cikgu Asiah dan Cikgu Ramlah mengajar membuahkan minat saya untuk subjek tersebut!

Minat ini terus disemai hingga ke peringkat menengah. Sehinggalah minat ini terus dipupuk dan dibajai sewaktu belajar di MRSM. Sejarah peringkat menengah atas terbahagi kepada 2; Sejarah Peradaban Dunia dan Sejarah Malaysia. Saya masih ingat, guru subjek ketika itu, Cikgu Hasni begitu bertenaga dalam p&p apabila mengajar di kelas kami.

bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Kembali

Hidup bermain dengan waktu. Sengaja melepaskan waktu yang lapang sehingga leka dengan angan yang tak menentu. Bila detik semakin sempit, barulah tersedar waktu yang tinggal hanya sedikit!!

Perjalanan

Menyiapkan sebuah tesis PhD bukanlah sesuatu yang mustahil. Ianya memerlukan ketekunan yang tinggi selain setiap jalur ilmu ditulis secara rinci. Terkadang saya hanya mampu menjeling penulisan yang masih terbengkalai. Leka dengan tuntutan kerja yang tiada kaitan dan masa yang telah dipersiakan. Ya, hidup ini tak renggang dengan sikap yang ingin terus berharap. Berharap agar masih mempunyai waktu-waktu untuk menyempurnakan penulisan yang masih berbaki!

Abah Wafat

Hari ini genap 6 hari abah pergi meninggalkan alam fana ke alam baqa'. Pergi abah bersama tangisan alam pada pagi Jumaat. Pergi abah dalam keadaan cukup menyenangkan. Pergi abah dalam redha kami sekeluarga. Pergi abah buat kami cemburu. Meninggal dunia di hari yang baik. Di hujung usia bersama isteri. Pergi abah meninggalkan bekas di hati anak-anak. Abah hanya orang biasa. Pesara. Namun di hujung usia abah diuji dengan ujian kesihatan. Seusai umrah, kesihatan abah merosot. Darah tinggi , kencing manis asbab badan abah jadi lemah. Abah terbaring tak bermaya di atas katil. Sebermula PKP sampailah hujung hayat. Hanya katil tempat abah. Mak banyak mengurus, tanpa banyak merungut. Anak-anak bantu berselang mana yang kurang dan patut.  Semasa awal bulan, doktor sahkan Abah sedang nazak, strok satu badan. Abah dipasang tiub untuk terima susu. Kurang seminggu di hospital Abah dibenar pulang. Waktu Abah di rumah, mak dan anak-anak berselang menjaga. Abah stabil namun hanya respons melalui n...