Menambah koleksi buku-buku yang suka untuk dibaca. Selepas terlepas beberapa Pesta Buku, (ya..2 kali), mencari karya-karya yang tak berapa baharu..
Buku ini adalah yang paling teruja saya dapatkan. Sudah lama menunggu. Mungkin 4 tahun lepas. Membaca sinopsis sahaja sudah membuatkan kita dibuai kenangan. Zaman dulu-dulu. Klasik!
Novel sejarah dan fiksyen. Saya sudah mula gemar membaca novel sejarah yang diolah dalam nafas yang lebih segar dan tidak terlalu berat. Tentang Pulau Batu Putih.
Dulu saya ikuti episod-episod dalam blog penulis. Tak silap ada juga keluar dalam akhbar. Musim kedua pun sudah keluar. Lambatnya saya!
Ya, ini buku yang sepatutnya saya beli dulu, tetapi terbeli novel drama Bila Tuhan Berbicara, saya suka gaya penulisan beliau, naratif, kritis dan sinikal. Saya meminati karya faisal sejak dalam zaman Dewan Siswa, siapa yang tak ingat dengan cerpen Kerana Manisnya Epal!

Isteri saya peminat kepada pasangan penulis ini. Saya hanya minat dalam diam. Mutiara pengalaman banyak dikongsi. Menambahkan set koleksi dan bacaan tahun ini!
Dan beberapa buku lagi untuk saya nikmati. Sambil-sambil melepaskan lelah membaca jurnal dan menulis, dan merawat diri agar kebah sebentar dari demam pilihanraya!

Comments