Skip to main content

Huraian doa qunut nazilah

Perbincangan yang saya ambil dari emel..terima kasih akhi zahan & akhi zainal!!

Dalam kegawatan sekarang, sepertimana pernah dituntun Rasulullah SAW, bolehlah dan disyariatkan melafazkan qunut ini. Banyak dan panjang lebar perbincangannya, saya ringkaskan :

1. Semua mazhab menyetujuinya dalam keadaan kegawatan dan bala bencana menimpa, wabak dan sebagainya. Biasanya sebulan, atau hingga reda suasana.
2. Waktu membacanya, lain mazhab, lain pandangannya, mudah kata, menurut mazhab Syafi'e, dibolehkan pada kelima-lima waktu solat fardhu, baik selepas, mahupun sebelum ruku' (biasanya selepas - ketika i'tidal). Mazhab Hanafi mengecualikannya ketika solat Jumaat.
3. Dibaca dalam solat secara berjemaah adalah lebih menepati sunnah Rasulullah. Makmum hanya mengaminkan, imam membaca secara jahar. (nak qunut nazeelah, solat tak nak jemaah, mana aci! )

Di surau Taman kami, bacaan ini telah dimulakan beberapa hari lepas, dan, ana sendiri, untuk tidak mengelirukan, setiap kali sebelum solat fardhu, akan maklumkan kepada makmum sebelum solat, nanti ada yang sujud bangun balik!

Lebih memudahkan, tidak semestinya lafaz yang diemailkan, boleh juga baca qunut Subuh kita, diikuti dengan tambahan doa BUKAN LAFAZ percakapan - Bahasa al-Quran sahaja. Takut terbatal solat. Jangan sebut HANCUR HANCUR dan sebagainya. Waktu kurang sesuai.

Cth lain :
a. Qunut Subuh, sehingga sebelum selawat, diikuti Allahumma Naj'aluka fi nuhuuri a'daaiena
b. Allahumma baddid shamlahum, wa farriq jam'ahum, sampai habis
b. Allahumma ya munzil al-kitab, wa ya mujriyassahab sampai habis
c. Allahumma ahliki kafarata wal musyrikin
d. Allahumma anzir a'daa ana wa a'da aka a'daa ad-deen
e. Allahumma a'iezza al-Islam wal Muslimin
f. Wa allif baina quluubihim, wa ashlih zaata bainihim, wanshurhum 'ala 'aduwwika wa'aduwwihim. sampai habis

Ana tak senaraikan semua, taknak silap taip, lari maksud. Rujuk kitab ya.. Islam itu mudah. Dan buatlah yang termampu, jangan tak buat langsung.

p/s : Pengertian qunut itu sendiri pada seni bahasanya adalah berdiri; hening. Jadi bacalah pada keadaan yang sepatutnya.

Jika terlepas bacaan imam (tersujud dsbgnya - tak perlu sujud sahwi)

wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Kembali

Hidup bermain dengan waktu. Sengaja melepaskan waktu yang lapang sehingga leka dengan angan yang tak menentu. Bila detik semakin sempit, barulah tersedar waktu yang tinggal hanya sedikit!!

Perjalanan

Menyiapkan sebuah tesis PhD bukanlah sesuatu yang mustahil. Ianya memerlukan ketekunan yang tinggi selain setiap jalur ilmu ditulis secara rinci. Terkadang saya hanya mampu menjeling penulisan yang masih terbengkalai. Leka dengan tuntutan kerja yang tiada kaitan dan masa yang telah dipersiakan. Ya, hidup ini tak renggang dengan sikap yang ingin terus berharap. Berharap agar masih mempunyai waktu-waktu untuk menyempurnakan penulisan yang masih berbaki!

Abah Wafat

Hari ini genap 6 hari abah pergi meninggalkan alam fana ke alam baqa'. Pergi abah bersama tangisan alam pada pagi Jumaat. Pergi abah dalam keadaan cukup menyenangkan. Pergi abah dalam redha kami sekeluarga. Pergi abah buat kami cemburu. Meninggal dunia di hari yang baik. Di hujung usia bersama isteri. Pergi abah meninggalkan bekas di hati anak-anak. Abah hanya orang biasa. Pesara. Namun di hujung usia abah diuji dengan ujian kesihatan. Seusai umrah, kesihatan abah merosot. Darah tinggi , kencing manis asbab badan abah jadi lemah. Abah terbaring tak bermaya di atas katil. Sebermula PKP sampailah hujung hayat. Hanya katil tempat abah. Mak banyak mengurus, tanpa banyak merungut. Anak-anak bantu berselang mana yang kurang dan patut.  Semasa awal bulan, doktor sahkan Abah sedang nazak, strok satu badan. Abah dipasang tiub untuk terima susu. Kurang seminggu di hospital Abah dibenar pulang. Waktu Abah di rumah, mak dan anak-anak berselang menjaga. Abah stabil namun hanya respons melalui n...